Thursday, January 19, 2012

MEMBACA SURAH AS-SAJDAH DAN AL-INSAN DALAM SOLAT SUBUH DI HARI JUMAAT

"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, ia berkata, 'Nabi S.A.W biasa membaca surah Alif lam mim tanzil As-Sajdah dan Hal ata'alal insan pada solat subuh di hari Jumaat'." (Muttafaq Alaih)

Membaca surah As-Sajdah dan Al-Insan pada solat subuh di hari Jumaat hukumnya sunnah. Tetapi tidak disukai jika terus menerus dilakukan setiap Jumaat kerana dikhuatirkan jika orang-orang menganggapnya sebagai wajib.

Jadi diperbolehkan bagi seorang imam untuk membaca surah-surah lain atau ayat-ayat apa saja selain surah As-Sajdah dan Al-Ihsan dalam solat subuhnya di hari Jumaat. Sebab Rasulullah S.A.W memang tidak memerintahkan umatnya untuk membaca surah atau ayat tertentu dalam solat Subuh hari Jumaat dan juga pada solat-solat yang lain.

Namun demikian, alangkah baiknya jika imam selalu membaca dua surah ini dalam solat Subuh pada hari Jumaat. Dan kadang-kadang di selangi dengan membaca surah atau ayat lain.

No comments:

Post a Comment