Setiap kaum mempunyai hari raya, hari raya aidilfitri dan adha adalah hari raya umat Islam. Hari itu adalah hari kemenangan umat Islam, umat Islam patut merayakannya sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikanNya kepada kita semua. Pada hari raya aidilfitri dan adha, Rasulullah S.A.W mengajak semua anggota keluarganya pergi ke tempat dilaksanakan solat hari raya. Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma berkata,
"Bahwasanya Rasulullah S.A.W menyuruh isteri-isteri dan anak-anaknya keluar pada dua hari raya." (HR. Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).
Beliau bukan hanya mengajak isteri-isteri dan anak-anaknya, tetapi beliau juga menyuruh para wanita untuk keluar menuju ke tempat solat hari raya, termasuk yang masih remaja dan kanak-kanak. Tentang perintah Nabi S.A.W ini, Ummu Athiyah Radhiyallahu Anha menceritakan,
"Rasulullah S.A.W menyuruh para wanita, mereka yang sedang haid, dan remaja perempuan untuk keluar pada hari raya. Adapun wanita yang sedang haid, mereka menjauh dari tempat solat, menyaksikan kebaikan, dan dakwah kaum muslimin." (HR. Al-Jama'ah)
Namun dalam hal ini, para ulama mensyaratkan agar para wanita muslimah tidak mengenakan pakaian yang mengundang hasrat lelaki dan tidak mengenakan wangian apabila pergi ke tempat solat hari raya. Mereka juga mesti menjauhi tempat solat laki-laki dan tidak bercampur dengan mereka, supaya tidak terjadi fitnah.
Saturday, August 3, 2013
BARU MAKAN SETELAH PULANG DARI SOLAT IDUL ADHA
Pada hari raya idul adha, Rasulullah tidak makan apa-apa sebelum solat, beliau makan setelah pulang dari melaksanakan solat idul adha. Hadits Buraidah iaitu,
"Dan beliau tidak makan pada hari raya kurban hingga selesai solat." Dalam lain riwayat; "Dan beliau tidak makan pada hari idul adha hingga pulang (dari solat)." (Al-Hadis)
Menurut pada ulama, tidak makannya Nabi S.A.W sebelum solat idul adha adalah agar beliau dapat makan binatang kurbannya selesai solat, kerana memang beliau selalu menyembelih kurban setiap idul adha.
Sunnah tidak makan sebelum solat idul adha dan baru makan setelah selesai melaksanakan solat idul adha ini berlaku untuk semua kaum muslimin, terutama bagi mereka yang berkurban. Bagi yang tidak berkurban, maka ia boleh memilih antara makan terlebih dahulu atau menundanya hingga setelah solat idul adha. Namun, sudah tentu mencontohi apa saja yang dilakukan Nabi lebih baik dan utama.

Subscribe to:
Posts (Atom)