Setiap kaum mempunyai hari raya, hari raya aidilfitri dan adha adalah hari raya umat Islam. Hari itu adalah hari kemenangan umat Islam, umat Islam patut merayakannya sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T atas segala nikmat yang diberikanNya kepada kita semua. Pada hari raya aidilfitri dan adha, Rasulullah S.A.W mengajak semua anggota keluarganya pergi ke tempat dilaksanakan solat hari raya. Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma berkata,
"Bahwasanya Rasulullah S.A.W menyuruh isteri-isteri dan anak-anaknya keluar pada dua hari raya." (HR. Ibnu Majah dan Al-Baihaqi).
Beliau bukan hanya mengajak isteri-isteri dan anak-anaknya, tetapi beliau juga menyuruh para wanita untuk keluar menuju ke tempat solat hari raya, termasuk yang masih remaja dan kanak-kanak. Tentang perintah Nabi S.A.W ini, Ummu Athiyah Radhiyallahu Anha menceritakan,
"Rasulullah S.A.W menyuruh para wanita, mereka yang sedang haid, dan remaja perempuan untuk keluar pada hari raya. Adapun wanita yang sedang haid, mereka menjauh dari tempat solat, menyaksikan kebaikan, dan dakwah kaum muslimin." (HR. Al-Jama'ah)
Namun dalam hal ini, para ulama mensyaratkan agar para wanita muslimah tidak mengenakan pakaian yang mengundang hasrat lelaki dan tidak mengenakan wangian apabila pergi ke tempat solat hari raya. Mereka juga mesti menjauhi tempat solat laki-laki dan tidak bercampur dengan mereka, supaya tidak terjadi fitnah.
p.e.l.a.n.g.i
Saturday, August 3, 2013
BARU MAKAN SETELAH PULANG DARI SOLAT IDUL ADHA
Pada hari raya idul adha, Rasulullah tidak makan apa-apa sebelum solat, beliau makan setelah pulang dari melaksanakan solat idul adha. Hadits Buraidah iaitu,
"Dan beliau tidak makan pada hari raya kurban hingga selesai solat." Dalam lain riwayat; "Dan beliau tidak makan pada hari idul adha hingga pulang (dari solat)." (Al-Hadis)
Menurut pada ulama, tidak makannya Nabi S.A.W sebelum solat idul adha adalah agar beliau dapat makan binatang kurbannya selesai solat, kerana memang beliau selalu menyembelih kurban setiap idul adha.
Sunnah tidak makan sebelum solat idul adha dan baru makan setelah selesai melaksanakan solat idul adha ini berlaku untuk semua kaum muslimin, terutama bagi mereka yang berkurban. Bagi yang tidak berkurban, maka ia boleh memilih antara makan terlebih dahulu atau menundanya hingga setelah solat idul adha. Namun, sudah tentu mencontohi apa saja yang dilakukan Nabi lebih baik dan utama.
"Dan beliau tidak makan pada hari raya kurban hingga selesai solat." Dalam lain riwayat; "Dan beliau tidak makan pada hari idul adha hingga pulang (dari solat)." (Al-Hadis)
Menurut pada ulama, tidak makannya Nabi S.A.W sebelum solat idul adha adalah agar beliau dapat makan binatang kurbannya selesai solat, kerana memang beliau selalu menyembelih kurban setiap idul adha.
Sunnah tidak makan sebelum solat idul adha dan baru makan setelah selesai melaksanakan solat idul adha ini berlaku untuk semua kaum muslimin, terutama bagi mereka yang berkurban. Bagi yang tidak berkurban, maka ia boleh memilih antara makan terlebih dahulu atau menundanya hingga setelah solat idul adha. Namun, sudah tentu mencontohi apa saja yang dilakukan Nabi lebih baik dan utama.
Friday, November 9, 2012
MAKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERANGKAT SOLAT IDUL FITRI
Disunnahkan
untuk makan dan minum terlebih dahulu sebelum berangkat menuju tempat solat id,
walaupun sekadar makan sedikit, kerana demikianlah kebiasaan yang sering
dilakukan Rasulullah S.A.W sebelum pergi solat idul fitri. Dalam hadits shahih
disebutkan,
“Dari Anas
bin Malik Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Adalah Rasulullah S.A.W, beliau
tidak berangkat pada hari idul fitri sebelum makan terlebih dahulu. Beliau
makan kurma beberapa biji dalam jumlah ganjil.” (HR. Ahmad dan Al-Bukhari)
Meskipun
yang beliau makan adalah kurma, bukan bererti kita juga harus makan kurma.
Walaupun itu lebih baik kerana mencontohi mirip sebagaimana yang biasa beliau
lakukan. Namun, intinya adalah makan terlebih dahulu sebelum berangkat solat
idul fitri.
Buraidah
bin Al-Hashib Radhiyallahu Anhu berkata,
“Sesungguhnya
Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari idul fitri hingga beliau makan. Dan
beliau tidak makan pada hari raya korban hingga selesai solat.” (HR. Ahmad,
At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
Saturday, October 20, 2012
MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK KETIKA SOLAT ID
Kebiasaan
kaum muslimin merayakan hari raya idul fitri dan idul adha sudah merupakan
tradisi sejak masa Nabi S.A.W. Begitulah yang terjadi pada masa Nabi. Beliau
dan para sahabat Radhiyallahu Anhuma bergembira pada hari itu. Memakai pakaian
baru dan bagus salah satu cara mengekspresikan diri yang bahagia dengan
datangnya hari kemenangan.
Idul fitri
dan idul adha adalah dua hari raya umat Islam. Sebagaimana hari Jumaat, Nabi
S.A.W selalu memakai pakaian terbaiknya pada hari itu. Bahkan, beliau mempunyai
pakaian yang khusus beliau pakai setiap hari Jumaat dan hari raya. Beliau
mengenakan pakaian terbaiknya sebelum berangkat ke tempat solat id.
Al-Hasan
bin Ali Radhiyallahu Anhuma, cucu beliau berkata,
“Rasulullah
S.A.W menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami
miliki pada dua hari raya.” (HR. Al-Hakim)
Sedangkan
dalam riwayat Jabir bin Abdullah Radhiyallahu Anhuma disebutkan,
“Nabi S.A.W
mempunyai jubah sangat bagus yang selalu beliau pakai pada dua hari raya dan
hari Jumaat.” (HR. Ibnu Abdil Bar dan Ibnu Khuzaimah)
Friday, September 28, 2012
MANDI SEBELUM BERANGKAT SOLAT ID
“Dan dari
Abdullah bin Abbas Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Bahwasanya Nabi S.A.W mandi
pada hari idul fitri dan idul adha.” (HR. Ibnu Majah)
Sama seperti
hari Jumaat, Rasulullah S.A.W juga mandi terlebih dahulu sebelum berangkat
untuk solat id, baik idul fitri ataupun idul adha.
Waktu
mandinya, yang afdhal adalah setelah subuh dan sebelum berangkat. Meskipun
boleh juga mandi pada malam harinya setelah lewat tengah malam.
Tuesday, September 25, 2012
TIDAK LANGSUNG SOLAT SUNNAH SETELAH JUMAAT
“Dan dari
Ibnu Umar Radhiyallahu Anhuma, bahwasanya Nabi S.A.W tidak pernah solat setelah
Jumaat hingga pulang dan solat dua rakaat dirumahnya.” (HR. Muslim)
Maksudnya
Rasulullah S.A.W tidak langsung solat sunnah setelah solat Jumaat atau
menyambung solat Jumaat dengan solat sunnah. Ada aktiviti yang dilakukan beliau
sesudah solat Jumaat dan sebelum melakukan solat sunnah, iaitu pulang kembali
ke rumahnya.
Inilah
kebiasaan nabi S.A.W, beliau tidak langsung melakukan solat sunnah setelah
solat Jumaat, melainkan diselingi dengan berbicara, keluar dari masjid, atau
pulang ke rumah. Dan dalam riwayat lain dikatakan, bahwa boleh melakukan solat
sunnah setelah Jumaat, cukup dengan berpindah dari tempat duduk.
Monday, September 17, 2012
SOLAT SUNNAH SETELAH JUMAAT
“Dan dari
Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Rasulullah S.A.W biasa
mengerjakan solat dua rakaat pada hari Jumaat di rumahnya.” (HR. Al-Jamaah)
Mengerjakan
solat dua rakaat pada hari Jumaat maksudnya mengerjakan solat sunnah setelah Jumaat.
Jadi, mengerjakan solat sunnah dua rakaat sesudah menunaikan solat Jumaat
adalah salah satu kebiasaan Rasulullah S.A.W yang sudah seharusnya diikuti.
Subscribe to:
Posts (Atom)