Kebiasaan
kaum muslimin merayakan hari raya idul fitri dan idul adha sudah merupakan
tradisi sejak masa Nabi S.A.W. Begitulah yang terjadi pada masa Nabi. Beliau
dan para sahabat Radhiyallahu Anhuma bergembira pada hari itu. Memakai pakaian
baru dan bagus salah satu cara mengekspresikan diri yang bahagia dengan
datangnya hari kemenangan.
Idul fitri
dan idul adha adalah dua hari raya umat Islam. Sebagaimana hari Jumaat, Nabi
S.A.W selalu memakai pakaian terbaiknya pada hari itu. Bahkan, beliau mempunyai
pakaian yang khusus beliau pakai setiap hari Jumaat dan hari raya. Beliau
mengenakan pakaian terbaiknya sebelum berangkat ke tempat solat id.
Al-Hasan
bin Ali Radhiyallahu Anhuma, cucu beliau berkata,
“Rasulullah
S.A.W menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami
miliki pada dua hari raya.” (HR. Al-Hakim)
Sedangkan
dalam riwayat Jabir bin Abdullah Radhiyallahu Anhuma disebutkan,
“Nabi S.A.W
mempunyai jubah sangat bagus yang selalu beliau pakai pada dua hari raya dan
hari Jumaat.” (HR. Ibnu Abdil Bar dan Ibnu Khuzaimah)
No comments:
Post a Comment