Friday, September 28, 2012

MANDI SEBELUM BERANGKAT SOLAT ID


“Dan dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Bahwasanya Nabi S.A.W mandi pada hari idul fitri dan idul adha.” (HR. Ibnu Majah)

Sama seperti hari Jumaat, Rasulullah S.A.W juga mandi terlebih dahulu sebelum berangkat untuk solat id, baik idul fitri ataupun idul adha.

Waktu mandinya, yang afdhal adalah setelah subuh dan sebelum berangkat. Meskipun boleh juga mandi pada malam harinya setelah lewat tengah malam.

Tuesday, September 25, 2012

TIDAK LANGSUNG SOLAT SUNNAH SETELAH JUMAAT


“Dan dari Ibnu Umar Radhiyallahu Anhuma, bahwasanya Nabi S.A.W tidak pernah solat setelah Jumaat hingga pulang dan solat dua rakaat dirumahnya.” (HR. Muslim)

Maksudnya Rasulullah S.A.W tidak langsung solat sunnah setelah solat Jumaat atau menyambung solat Jumaat dengan solat sunnah. Ada aktiviti yang dilakukan beliau sesudah solat Jumaat dan sebelum melakukan solat sunnah, iaitu pulang kembali ke rumahnya.

Inilah kebiasaan nabi S.A.W, beliau tidak langsung melakukan solat sunnah setelah solat Jumaat, melainkan diselingi dengan berbicara, keluar dari masjid, atau pulang ke rumah. Dan dalam riwayat lain dikatakan, bahwa boleh melakukan solat sunnah setelah Jumaat, cukup dengan berpindah dari tempat duduk.

Monday, September 17, 2012

SOLAT SUNNAH SETELAH JUMAAT


“Dan dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Rasulullah S.A.W biasa mengerjakan solat dua rakaat pada hari Jumaat di rumahnya.” (HR. Al-Jamaah)

Mengerjakan solat dua rakaat pada hari Jumaat maksudnya mengerjakan solat sunnah setelah Jumaat. Jadi, mengerjakan solat sunnah dua rakaat sesudah menunaikan solat Jumaat adalah salah satu kebiasaan Rasulullah S.A.W yang sudah seharusnya diikuti.

MEMBACA SURAH AL-A’ALA DAN AL-GHASYIYAH DALAM SOLAT JUMAAT


Membaca surah Al-A’ala pada rakaat pertama dan Al-Ghasyiyah pada rakaat kedua sudah menjadi kebiasaan sebagian besar imam solat Jumaat. Demikianlah, apa yang biasa dibaca oleh Rasulullah S.A.W dalam solat Jumaatnya. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan dari Samurah bin Jundab Radhiyallahu Anhu,

“Adalah Nabi S.A.W beliau membaca Sabbihisma rabbikal a’la dan Hal ataaka hadiitsul ghaasyiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.” (Al-Hadits)

Maksudnya, beliau membaca surah Al-A’la pada rakaat pertama dan membaca surah Al-Ghasyiyah pada rakaat kedua. Namun, beliau tidak selalu membaca surah tersebut dalam solat Jumaat kerana kadang-kadang beliau juga membaca surah Al-Jumu’ah dan Al-Munafiqun.

Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhu meriwayatkan,

“Nabi S.A.W biasa membaca surah Al-Jumu’ah dan Al-Munafiqun dalam dua rakaat Jumaat.” (HR. Muslim)

Maksudnya beliau membaca surah Al-Jumu’ah pada rakaat pertama, dan membaca surah Al-Munafiqun pada rakaat kedua.

Friday, September 7, 2012

DUDUK DI ANTARA DUA KHUTBAH JUMAAT


“Dan dari Ibnu Umar Radhiyallahu Anhu, ia berkata, ‘Nabi S.A.W berkhutbah sambil berdiri, kemudian beliau duduk, lalu berdiri lagi. Sebagaimana yang kalian lakukan sekarang’." (Muttafaq Alaih)

Yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah khutbah Jumaat. Ibnu Umar sendiri mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh kaum muslimin ketika itu sama dengan yang dilakukan Rasulullah S.A.W. Dan demikianlah sehingga sekarang, tidak ada yang berubah. Ada dua khutbah dalam Jumaat, dan di antara keduanya khatib duduk sebentar.

Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa Ibnu Umar berkata,

“Nabi S.A.W dua kali khutbah. Beliau duduk jika telah naik mimbar sehingga muadzin selesai azan. Kemudian beliau berdiri, lalu duduk lagi, dan beliau tidak berbicara. Kemudian beliau berdiri lagi dan berkhutbah.” (HR. Abu Dawud)

SERIUS DALAM KHUTBAHNYA DAN TIDAK BERGURAU


“Dan dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Apabila Rasulullah S.A.W berkhutbah, matanya merah, suaranya meninggi, dan semangatnya menyala-nyala, seakan-akan beliau sedang memberi arahan kepada pasukan perang.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Demikianlah kebiasaan Rasulullah S.A.W dalam khutbah Jumaatnya. Beliau serius dan tidak bergurau. Kerana seriusnya ekspresi beliau dalam khutbahnya, Jabir menggambarkan bahawa mata beliau sampai merah, suaranya keras meninggi, penuh semangat yang menyala-nyala, dan seakan-akan beliau sedang membakar semangat para perajuritnya yang berada dalam medan perang.

Bahkan sering apa yang beliau sampaikan membuat para sahabat menangis dan bergetar hatinya. Sebagaimana yang diceritakan Al-Irbadh bin Sariyah Radhiyallahu Anhu,

“Rasulullah S.A.W pernah memberi nasihat kepada kami dengan suatu nasihat yang sangat mengena. Sehingga hati ini menjadi bergetar dan mata menitiskan air matanya. Kami berkata, ‘Wahai Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan.” (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Anas bin Malik Radhiyallu Anhu berkata,

“Rasulullah S.A.W memberikan suatu nasihat yang tidak pernah aku mendengar seperti itu sebelumnya. Hingga beliau berkata, ‘Sekiranya kalian mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan menangis’. Maka para sahabat pun menutupi wajah mereka seraya menangis tersedu-sedu.” (Muttafaq Alaih)

Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, “Hendaknya seseorang bersungguh-sungguh dan serius ketika menyampaikan nasihat. Dia mesti menggunakan kalimah-kalimah yang bagus dan memakai kata-kata dengan gaya bahasa yang indah didengar di telinga. Dengan demikian, apa yang disampaikannya akan mudah diterima oleh yang mendengar dan lebih mengena ke dalam hati.”

Firman Allah S.W.T,

“Apakah belum tiba saatnya bagi orang-orang beriman agar hati mereka khusyu’ untuk mengingat Allah dan apa yang Dia turunkan dari kebenaran?” (Al-Hadid:16)

MEMENDEKKAN KHUTBAH JUMAAT DAN MEMANJANGKAN SOLAT


“Dan dari Abdullah bin Abi Aufa Radhiyallahu Anhu, ia berkata, Rasulullah S.A.W biasa memanjangkan solat dan memendekkan khutbahnya” (HR. An-Nasa’i)

Rasulullah S.A.W telah memberikan contoh yang baik kepada umatnya dalam memberikan nasihat, dimana beliau menggunakan kata-kata yang ringkas, tetapi penuh makna. Begitu juga ketika beliau memberikan nasihat dalam khutbah Jumaat, beliau meringkaskan khutbahnya. Dan kemudian beliau memanjangkan solat.

Ada pelajaran lain yang boleh diambil kenapa beliau memendekkan khutbahnya pada hari Jumaat. Salah satu sebabnya pada waktu siang seperti itu biasanya orang-orang dalam keadaaan letih dan kepanasan. Sehingga mungkin ada di antara mereka yang mengantuk, tertidur disebabkan letih. Atau ada juga yang meninggalkan pekerjaannya, sehingga susah untuk konsentrasi terhadap khutbah kerana memikirkan pekerjaan yang mesti diselesaikan.

“Sesungguhnya panjang solat seseorang dan pendeknya khutbah, adalah tanda kepandaiannya. Oleh kerana itu, panjangkanlah solat kalian dan pendekkanlah khutbah”. (Al-Hadits)

Adapun yang dimaksud dengan memanjangkan solat Jumaat disini adalah lebih memanjangkannya daripada solat-solat wajib lima waktu. Bukan lebih panjang daripada khutbahnya kerana sunnah menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W selalu solat Jumaat dengan membaca surah Al-A’la atau Al-Jumu’ah pada rakaat pertama, dan membaca surat Al-Ghasyiyah atau Al-Munafiqun pada rakaat kedua. Ini ertinya, solat beliau tetap tidak lebih panjang daripada khutbahnya, tetapi lebih panjang dari solat wajib 5 waktu.