Membaca
surah Al-A’ala pada rakaat pertama dan Al-Ghasyiyah pada rakaat kedua sudah
menjadi kebiasaan sebagian besar imam solat Jumaat. Demikianlah, apa yang biasa
dibaca oleh Rasulullah S.A.W dalam solat Jumaatnya. Sebagaimana yang disebutkan
dalam hadits yang diriwayatkan dari Samurah bin Jundab Radhiyallahu Anhu,
“Adalah
Nabi S.A.W beliau membaca Sabbihisma rabbikal a’la dan Hal ataaka hadiitsul
ghaasyiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.” (Al-Hadits)
Maksudnya,
beliau membaca surah Al-A’la pada rakaat pertama dan membaca surah Al-Ghasyiyah
pada rakaat kedua. Namun, beliau tidak selalu membaca surah tersebut dalam
solat Jumaat kerana kadang-kadang beliau juga membaca surah Al-Jumu’ah dan
Al-Munafiqun.
Ibnu Abbas
Radhiyallahu Anhu meriwayatkan,
“Nabi S.A.W
biasa membaca surah Al-Jumu’ah dan Al-Munafiqun dalam dua rakaat Jumaat.” (HR.
Muslim)
Maksudnya
beliau membaca surah Al-Jumu’ah pada rakaat pertama, dan membaca surah
Al-Munafiqun pada rakaat kedua.
No comments:
Post a Comment