Friday, September 7, 2012

MEMENDEKKAN KHUTBAH JUMAAT DAN MEMANJANGKAN SOLAT


“Dan dari Abdullah bin Abi Aufa Radhiyallahu Anhu, ia berkata, Rasulullah S.A.W biasa memanjangkan solat dan memendekkan khutbahnya” (HR. An-Nasa’i)

Rasulullah S.A.W telah memberikan contoh yang baik kepada umatnya dalam memberikan nasihat, dimana beliau menggunakan kata-kata yang ringkas, tetapi penuh makna. Begitu juga ketika beliau memberikan nasihat dalam khutbah Jumaat, beliau meringkaskan khutbahnya. Dan kemudian beliau memanjangkan solat.

Ada pelajaran lain yang boleh diambil kenapa beliau memendekkan khutbahnya pada hari Jumaat. Salah satu sebabnya pada waktu siang seperti itu biasanya orang-orang dalam keadaaan letih dan kepanasan. Sehingga mungkin ada di antara mereka yang mengantuk, tertidur disebabkan letih. Atau ada juga yang meninggalkan pekerjaannya, sehingga susah untuk konsentrasi terhadap khutbah kerana memikirkan pekerjaan yang mesti diselesaikan.

“Sesungguhnya panjang solat seseorang dan pendeknya khutbah, adalah tanda kepandaiannya. Oleh kerana itu, panjangkanlah solat kalian dan pendekkanlah khutbah”. (Al-Hadits)

Adapun yang dimaksud dengan memanjangkan solat Jumaat disini adalah lebih memanjangkannya daripada solat-solat wajib lima waktu. Bukan lebih panjang daripada khutbahnya kerana sunnah menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W selalu solat Jumaat dengan membaca surah Al-A’la atau Al-Jumu’ah pada rakaat pertama, dan membaca surat Al-Ghasyiyah atau Al-Munafiqun pada rakaat kedua. Ini ertinya, solat beliau tetap tidak lebih panjang daripada khutbahnya, tetapi lebih panjang dari solat wajib 5 waktu. 

No comments:

Post a Comment