Saturday, October 20, 2012

MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK KETIKA SOLAT ID


Kebiasaan kaum muslimin merayakan hari raya idul fitri dan idul adha sudah merupakan tradisi sejak masa Nabi S.A.W. Begitulah yang terjadi pada masa Nabi. Beliau dan para sahabat Radhiyallahu Anhuma bergembira pada hari itu. Memakai pakaian baru dan bagus salah satu cara mengekspresikan diri yang bahagia dengan datangnya hari kemenangan.

Idul fitri dan idul adha adalah dua hari raya umat Islam. Sebagaimana hari Jumaat, Nabi S.A.W selalu memakai pakaian terbaiknya pada hari itu. Bahkan, beliau mempunyai pakaian yang khusus beliau pakai setiap hari Jumaat dan hari raya. Beliau mengenakan pakaian terbaiknya sebelum berangkat ke tempat solat id.

Al-Hasan bin Ali Radhiyallahu Anhuma, cucu beliau berkata,

“Rasulullah S.A.W menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya.” (HR. Al-Hakim)

Sedangkan dalam riwayat Jabir bin Abdullah Radhiyallahu Anhuma disebutkan,

“Nabi S.A.W mempunyai jubah sangat bagus yang selalu beliau pakai pada dua hari raya dan hari Jumaat.” (HR. Ibnu Abdil Bar dan Ibnu Khuzaimah)