Friday, November 9, 2012

MAKAN TERLEBIH DAHULU SEBELUM BERANGKAT SOLAT IDUL FITRI


Disunnahkan untuk makan dan minum terlebih dahulu sebelum berangkat menuju tempat solat id, walaupun sekadar makan sedikit, kerana demikianlah kebiasaan yang sering dilakukan Rasulullah S.A.W sebelum pergi solat idul fitri. Dalam hadits shahih disebutkan,

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Adalah Rasulullah S.A.W, beliau tidak berangkat pada hari idul fitri sebelum makan terlebih dahulu. Beliau makan kurma beberapa biji dalam jumlah ganjil.” (HR. Ahmad dan Al-Bukhari)

Meskipun yang beliau makan adalah kurma, bukan bererti kita juga harus makan kurma. Walaupun itu lebih baik kerana mencontohi mirip sebagaimana yang biasa beliau lakukan. Namun, intinya adalah makan terlebih dahulu sebelum berangkat solat idul fitri.

Buraidah bin Al-Hashib Radhiyallahu Anhu berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari idul fitri hingga beliau makan. Dan beliau tidak makan pada hari raya korban hingga selesai solat.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Saturday, October 20, 2012

MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK KETIKA SOLAT ID


Kebiasaan kaum muslimin merayakan hari raya idul fitri dan idul adha sudah merupakan tradisi sejak masa Nabi S.A.W. Begitulah yang terjadi pada masa Nabi. Beliau dan para sahabat Radhiyallahu Anhuma bergembira pada hari itu. Memakai pakaian baru dan bagus salah satu cara mengekspresikan diri yang bahagia dengan datangnya hari kemenangan.

Idul fitri dan idul adha adalah dua hari raya umat Islam. Sebagaimana hari Jumaat, Nabi S.A.W selalu memakai pakaian terbaiknya pada hari itu. Bahkan, beliau mempunyai pakaian yang khusus beliau pakai setiap hari Jumaat dan hari raya. Beliau mengenakan pakaian terbaiknya sebelum berangkat ke tempat solat id.

Al-Hasan bin Ali Radhiyallahu Anhuma, cucu beliau berkata,

“Rasulullah S.A.W menyuruh kami agar memakai pakaian terbaik dan wangian terbaik yang kami miliki pada dua hari raya.” (HR. Al-Hakim)

Sedangkan dalam riwayat Jabir bin Abdullah Radhiyallahu Anhuma disebutkan,

“Nabi S.A.W mempunyai jubah sangat bagus yang selalu beliau pakai pada dua hari raya dan hari Jumaat.” (HR. Ibnu Abdil Bar dan Ibnu Khuzaimah)

Friday, September 28, 2012

MANDI SEBELUM BERANGKAT SOLAT ID


“Dan dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Bahwasanya Nabi S.A.W mandi pada hari idul fitri dan idul adha.” (HR. Ibnu Majah)

Sama seperti hari Jumaat, Rasulullah S.A.W juga mandi terlebih dahulu sebelum berangkat untuk solat id, baik idul fitri ataupun idul adha.

Waktu mandinya, yang afdhal adalah setelah subuh dan sebelum berangkat. Meskipun boleh juga mandi pada malam harinya setelah lewat tengah malam.

Tuesday, September 25, 2012

TIDAK LANGSUNG SOLAT SUNNAH SETELAH JUMAAT


“Dan dari Ibnu Umar Radhiyallahu Anhuma, bahwasanya Nabi S.A.W tidak pernah solat setelah Jumaat hingga pulang dan solat dua rakaat dirumahnya.” (HR. Muslim)

Maksudnya Rasulullah S.A.W tidak langsung solat sunnah setelah solat Jumaat atau menyambung solat Jumaat dengan solat sunnah. Ada aktiviti yang dilakukan beliau sesudah solat Jumaat dan sebelum melakukan solat sunnah, iaitu pulang kembali ke rumahnya.

Inilah kebiasaan nabi S.A.W, beliau tidak langsung melakukan solat sunnah setelah solat Jumaat, melainkan diselingi dengan berbicara, keluar dari masjid, atau pulang ke rumah. Dan dalam riwayat lain dikatakan, bahwa boleh melakukan solat sunnah setelah Jumaat, cukup dengan berpindah dari tempat duduk.

Monday, September 17, 2012

SOLAT SUNNAH SETELAH JUMAAT


“Dan dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Rasulullah S.A.W biasa mengerjakan solat dua rakaat pada hari Jumaat di rumahnya.” (HR. Al-Jamaah)

Mengerjakan solat dua rakaat pada hari Jumaat maksudnya mengerjakan solat sunnah setelah Jumaat. Jadi, mengerjakan solat sunnah dua rakaat sesudah menunaikan solat Jumaat adalah salah satu kebiasaan Rasulullah S.A.W yang sudah seharusnya diikuti.

MEMBACA SURAH AL-A’ALA DAN AL-GHASYIYAH DALAM SOLAT JUMAAT


Membaca surah Al-A’ala pada rakaat pertama dan Al-Ghasyiyah pada rakaat kedua sudah menjadi kebiasaan sebagian besar imam solat Jumaat. Demikianlah, apa yang biasa dibaca oleh Rasulullah S.A.W dalam solat Jumaatnya. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan dari Samurah bin Jundab Radhiyallahu Anhu,

“Adalah Nabi S.A.W beliau membaca Sabbihisma rabbikal a’la dan Hal ataaka hadiitsul ghaasyiyah dalam solat dua hari raya dan hari Jumaat.” (Al-Hadits)

Maksudnya, beliau membaca surah Al-A’la pada rakaat pertama dan membaca surah Al-Ghasyiyah pada rakaat kedua. Namun, beliau tidak selalu membaca surah tersebut dalam solat Jumaat kerana kadang-kadang beliau juga membaca surah Al-Jumu’ah dan Al-Munafiqun.

Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhu meriwayatkan,

“Nabi S.A.W biasa membaca surah Al-Jumu’ah dan Al-Munafiqun dalam dua rakaat Jumaat.” (HR. Muslim)

Maksudnya beliau membaca surah Al-Jumu’ah pada rakaat pertama, dan membaca surah Al-Munafiqun pada rakaat kedua.

Friday, September 7, 2012

DUDUK DI ANTARA DUA KHUTBAH JUMAAT


“Dan dari Ibnu Umar Radhiyallahu Anhu, ia berkata, ‘Nabi S.A.W berkhutbah sambil berdiri, kemudian beliau duduk, lalu berdiri lagi. Sebagaimana yang kalian lakukan sekarang’." (Muttafaq Alaih)

Yang dimaksudkan dalam hadits ini adalah khutbah Jumaat. Ibnu Umar sendiri mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh kaum muslimin ketika itu sama dengan yang dilakukan Rasulullah S.A.W. Dan demikianlah sehingga sekarang, tidak ada yang berubah. Ada dua khutbah dalam Jumaat, dan di antara keduanya khatib duduk sebentar.

Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa Ibnu Umar berkata,

“Nabi S.A.W dua kali khutbah. Beliau duduk jika telah naik mimbar sehingga muadzin selesai azan. Kemudian beliau berdiri, lalu duduk lagi, dan beliau tidak berbicara. Kemudian beliau berdiri lagi dan berkhutbah.” (HR. Abu Dawud)

SERIUS DALAM KHUTBAHNYA DAN TIDAK BERGURAU


“Dan dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Apabila Rasulullah S.A.W berkhutbah, matanya merah, suaranya meninggi, dan semangatnya menyala-nyala, seakan-akan beliau sedang memberi arahan kepada pasukan perang.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Demikianlah kebiasaan Rasulullah S.A.W dalam khutbah Jumaatnya. Beliau serius dan tidak bergurau. Kerana seriusnya ekspresi beliau dalam khutbahnya, Jabir menggambarkan bahawa mata beliau sampai merah, suaranya keras meninggi, penuh semangat yang menyala-nyala, dan seakan-akan beliau sedang membakar semangat para perajuritnya yang berada dalam medan perang.

Bahkan sering apa yang beliau sampaikan membuat para sahabat menangis dan bergetar hatinya. Sebagaimana yang diceritakan Al-Irbadh bin Sariyah Radhiyallahu Anhu,

“Rasulullah S.A.W pernah memberi nasihat kepada kami dengan suatu nasihat yang sangat mengena. Sehingga hati ini menjadi bergetar dan mata menitiskan air matanya. Kami berkata, ‘Wahai Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan.” (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Anas bin Malik Radhiyallu Anhu berkata,

“Rasulullah S.A.W memberikan suatu nasihat yang tidak pernah aku mendengar seperti itu sebelumnya. Hingga beliau berkata, ‘Sekiranya kalian mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan menangis’. Maka para sahabat pun menutupi wajah mereka seraya menangis tersedu-sedu.” (Muttafaq Alaih)

Ibnu Rajab Al-Hambali berkata, “Hendaknya seseorang bersungguh-sungguh dan serius ketika menyampaikan nasihat. Dia mesti menggunakan kalimah-kalimah yang bagus dan memakai kata-kata dengan gaya bahasa yang indah didengar di telinga. Dengan demikian, apa yang disampaikannya akan mudah diterima oleh yang mendengar dan lebih mengena ke dalam hati.”

Firman Allah S.W.T,

“Apakah belum tiba saatnya bagi orang-orang beriman agar hati mereka khusyu’ untuk mengingat Allah dan apa yang Dia turunkan dari kebenaran?” (Al-Hadid:16)

MEMENDEKKAN KHUTBAH JUMAAT DAN MEMANJANGKAN SOLAT


“Dan dari Abdullah bin Abi Aufa Radhiyallahu Anhu, ia berkata, Rasulullah S.A.W biasa memanjangkan solat dan memendekkan khutbahnya” (HR. An-Nasa’i)

Rasulullah S.A.W telah memberikan contoh yang baik kepada umatnya dalam memberikan nasihat, dimana beliau menggunakan kata-kata yang ringkas, tetapi penuh makna. Begitu juga ketika beliau memberikan nasihat dalam khutbah Jumaat, beliau meringkaskan khutbahnya. Dan kemudian beliau memanjangkan solat.

Ada pelajaran lain yang boleh diambil kenapa beliau memendekkan khutbahnya pada hari Jumaat. Salah satu sebabnya pada waktu siang seperti itu biasanya orang-orang dalam keadaaan letih dan kepanasan. Sehingga mungkin ada di antara mereka yang mengantuk, tertidur disebabkan letih. Atau ada juga yang meninggalkan pekerjaannya, sehingga susah untuk konsentrasi terhadap khutbah kerana memikirkan pekerjaan yang mesti diselesaikan.

“Sesungguhnya panjang solat seseorang dan pendeknya khutbah, adalah tanda kepandaiannya. Oleh kerana itu, panjangkanlah solat kalian dan pendekkanlah khutbah”. (Al-Hadits)

Adapun yang dimaksud dengan memanjangkan solat Jumaat disini adalah lebih memanjangkannya daripada solat-solat wajib lima waktu. Bukan lebih panjang daripada khutbahnya kerana sunnah menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W selalu solat Jumaat dengan membaca surah Al-A’la atau Al-Jumu’ah pada rakaat pertama, dan membaca surat Al-Ghasyiyah atau Al-Munafiqun pada rakaat kedua. Ini ertinya, solat beliau tetap tidak lebih panjang daripada khutbahnya, tetapi lebih panjang dari solat wajib 5 waktu. 

Sunday, February 12, 2012

MEMAKAI PAKAIAN TERBAIK UNTUK SOLAT JUMAAT

"Dan dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, 'Bahwa Nabi SAW mempunyai jubah yang selalu beliau pakai pada dua hari raya dan hari Jumaat." (HR. Al-Baihaqi)

Tentang sunnah mengenakan pakaian terbaik ini, termasuk di dalamnya memakai wangian, Rasullah SAW bersabda,

"Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dan memakai minyak wangi jika ada, lalu mengenakan pakaian terbaiknya, kemudian dia keluar dengan tenang hingga sampai ke masjid, lalu dia solat, jika memungkinkan serta tidak menyakiti seorang pun, kemudian dia diam jika imamnya keluar sampai selesai solat, maka segala dosanya diampuni di antara hari itu dan Jumaat berikutnya." (HR. Ahmad)

Demikianlah Rasullah SAW yang dalam keserdahanaan hidupnya, beliau memakai pakaian yang bagus yang beliau khususkan atau biasa beliau pakai setiap hari Jumaat. Dan alangkah baiknya kita juga mempunyai pakaian yang khusus kita pakai untuk solat Jumaat. Meskipun tidak mengapa jika solat Jumaat dengan pakaian yang kita pakai pada hari itu, selama pakaian itu bersih dan suci dari najis.

MANDI PADA HARI JUMAAT

Dari hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar Radyillahu Anhuma disebutkan bahawa beliau bersabda,

"Apabila salah seorang kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaknya dia mandi (Muttafaq Alaih)

Mandi sesaat sebelum berangkat ke masjid afdhal kerana mandi pada waktu seperti itu lebih dapat menyingkirkan bau tak sedap ketika berada di masjid dan ketika melaksanakan solat Jumaat.

Saturday, January 21, 2012

MEMOTONG KUKU DAN MISAI SETIAP HARI JUMAAT

Sebelum berangkat solat Jumaat, kaum muslimin biasa merapikan penampilannya dengan mandi terlebih dahulu, menggosok gigi, mengenakan pakaian yang bagus, dan memakai wangian. Selain itu, di sunnahkan juga untuk memotong kuku dan mencukur misai. Kerana Rasulullah S.A.W biasa memotong kuku dan misainya sebelum pergi ke masjid untuk solat Jumaat bersama para sahabat. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits,

"Dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, 'Bahawa Nabi S.A.W selalu memotong kuku dan kumisnya setiap hari Jumaat." (HR-Al-Baghawi)

Tentang memotong kuku dan mencukur misai ini, terdapat hadits shahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahwa dua hal ini termasuk dari lima fitrah seorang muslim. Rasulullah S.A.W bersabda,

"Lima hal dari fitrah, iaitu: khitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencukur kumis." (Muttafaq Alaih)

*khitan=khatan, kumis=misai

Thursday, January 19, 2012

MENGAJARKAN SOLAT KEPADA ORANG YANG BARU MASUK ISLAM

Dan dari Thariq bin Asyyam Radhiyallahu Anhu, ia berkata, 'Apabila ada orang yang masuk Islam, Nabi S.A.W mengajarinya solat. Kemudian beliau menyuruhnya membaca doa ini, Allaahummaghfirli, warhamni, wahdini, wa'aafini, warzuqni" (HR. Muslim)

Demikianlah yang terjadi pada masa kenabian, di mana apabila ada orang atau sejumlah orang yang datang kepada Rasulullah S.A.W dan menyatakan masuk Islam, beliau mengajarkan solat dan tata caranya kepada sahabat yang baru masuk Islam tersebut. Dan kadang-kadang beliau menyuruh sahabatnya yang dianggap telah pandai dalam ilmu agama agar mengajarkan solat serta ilmu-ilmu agama kepada saudaranya yang baru masuk Islam.

Kenapa solat yang terlebih dahulu diajarkan kepada orang yang baru masuk Islam, kerana solat adalah tiang agama, solat adalah pembatas antara Islam dan kafir, dan solatlah amal yang pertama kali dihisab nanti pada Hari Kiamat. Jadi, ketika orang masuk Islam solatlah yang semestinya pertama kali diajarkan kepadanya, sebagaimana yang biasa dilakukan Rasulullah S.A.W

MEMBACA SURAH AS-SAJDAH DAN AL-INSAN DALAM SOLAT SUBUH DI HARI JUMAAT

"Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, ia berkata, 'Nabi S.A.W biasa membaca surah Alif lam mim tanzil As-Sajdah dan Hal ata'alal insan pada solat subuh di hari Jumaat'." (Muttafaq Alaih)

Membaca surah As-Sajdah dan Al-Insan pada solat subuh di hari Jumaat hukumnya sunnah. Tetapi tidak disukai jika terus menerus dilakukan setiap Jumaat kerana dikhuatirkan jika orang-orang menganggapnya sebagai wajib.

Jadi diperbolehkan bagi seorang imam untuk membaca surah-surah lain atau ayat-ayat apa saja selain surah As-Sajdah dan Al-Ihsan dalam solat subuhnya di hari Jumaat. Sebab Rasulullah S.A.W memang tidak memerintahkan umatnya untuk membaca surah atau ayat tertentu dalam solat Subuh hari Jumaat dan juga pada solat-solat yang lain.

Namun demikian, alangkah baiknya jika imam selalu membaca dua surah ini dalam solat Subuh pada hari Jumaat. Dan kadang-kadang di selangi dengan membaca surah atau ayat lain.

MEMACAKKAN TOMBAK SEBAGAI PEMBATAS JIKA SOLAT DI TANAH LAPANG

"Dan dari Ibnu Umar Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, Apabila Rasulullah S.A.W keluar pada hari raya, beliau memerintahkan sahabatnya untuk menancapkan tombak di depannya sebagai pembatas tempat solat dan orang-orang solat dibelakang beliau. Dan, beliau juga melakukan hal itu dalam perjalanannya." (Muttafaq Alaih)

Hal ini beliau lakukan untuk memastikan agar tidak ada orang yang lalu di hadapannya ketika beliau sedang solat. Tidak semestinya tombak, tongkat dan benda-benda lain seperti panah dan batang pokok atau apa saja yang boleh digunakan sebagai pembatas apabila solat di tempat terbuka boleh digunakan. Banyak hadits yang menyebutkan masalah ini. Di antaranya adalah hadits Abu Hurairah,

"Apabila salah seorang kalian solat, maka hendaknya dia letakkan sesuatu (panah) di hadapannya. Sekiranya dia tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia tancapkan tongkat. Namun jika dia tidak mempunyai tongkat, maka hendaknya dia membuat garis. Dan orang yang lewat di hadapannya tidak akan mengganggunya." (Al-Hadits)

*menancap=memacak, menegakkan
*lewat=lalu

Wednesday, January 18, 2012

SELALU MEMPERBAHARUI WUDHU SETIAP KALI AKAN SOLAT

" Dan dari Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu, ia berkata, 'Adalah Nabi S.A.W, beliau selalu berwudhu setiap kali akan solat'." (HR. Ahmad dan Al-Bukhari)

   Dalam hadits di atas, Nabi S.A.W mencontohkan suatu kebiasaan yang baik, iaitu selalu berwudhu setiap kali akan solat. Kerana, memang dalam wudhu banyak sekali keutamaannya, sebagaimana disebutkan oleh hadits-hadits yang menyebutkan keutamaan wudhu. Selain itu, kadang-kadang seseorang tidak tahu kalau wudhunya sudah batal tanpa dia sedari. Sehingga akan lebih selamat sekiranya seseorang mengulangi wudhunya setiap kali akan solat.

   Rasulullah S.A.W bersabda,

"Barangsiapa yang berwudhu dalam keadaan suci, maka Allah akan mencatat sepuluh kebaikan baginya." (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

   Namun demikian, beliau sama sekali tidak melarang jika umatnya melaksanakan solat dengan wudhu sebelumnya, selama dia yakin wudhunya belum batal. Para sahabat juga ramai yang melakukan hal ini tanpa di tegur oleh Nabi, sebagaimana yang diceritakan Anas dalam hadits berikut,

"Kami biasa mengerjakan solat lima waktu dengan satu wudhu, selama kami tidak berhadas." (HR. Ahmad dan Al-Bukhari)