Disunnahkan
untuk makan dan minum terlebih dahulu sebelum berangkat menuju tempat solat id,
walaupun sekadar makan sedikit, kerana demikianlah kebiasaan yang sering
dilakukan Rasulullah S.A.W sebelum pergi solat idul fitri. Dalam hadits shahih
disebutkan,
“Dari Anas
bin Malik Radhiyallahu Anhuma, ia berkata, ‘Adalah Rasulullah S.A.W, beliau
tidak berangkat pada hari idul fitri sebelum makan terlebih dahulu. Beliau
makan kurma beberapa biji dalam jumlah ganjil.” (HR. Ahmad dan Al-Bukhari)
Meskipun
yang beliau makan adalah kurma, bukan bererti kita juga harus makan kurma.
Walaupun itu lebih baik kerana mencontohi mirip sebagaimana yang biasa beliau
lakukan. Namun, intinya adalah makan terlebih dahulu sebelum berangkat solat
idul fitri.
Buraidah
bin Al-Hashib Radhiyallahu Anhu berkata,
“Sesungguhnya
Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari idul fitri hingga beliau makan. Dan
beliau tidak makan pada hari raya korban hingga selesai solat.” (HR. Ahmad,
At-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)
No comments:
Post a Comment