Saturday, August 3, 2013

BARU MAKAN SETELAH PULANG DARI SOLAT IDUL ADHA

Pada hari raya idul adha, Rasulullah tidak makan apa-apa sebelum solat, beliau makan setelah pulang dari melaksanakan solat idul adha. Hadits Buraidah iaitu,

"Dan beliau tidak makan pada hari raya kurban hingga selesai solat." Dalam lain riwayat; "Dan beliau tidak makan pada hari idul adha hingga pulang (dari solat)." (Al-Hadis)

Menurut pada ulama, tidak makannya Nabi S.A.W sebelum solat idul adha adalah agar beliau dapat makan binatang kurbannya selesai solat, kerana memang beliau selalu menyembelih kurban setiap idul adha.

Sunnah tidak makan sebelum solat idul adha dan baru makan setelah selesai melaksanakan solat idul adha ini berlaku untuk semua kaum muslimin, terutama bagi mereka yang berkurban. Bagi yang tidak berkurban, maka ia boleh memilih antara makan terlebih dahulu atau menundanya hingga setelah solat idul adha. Namun, sudah tentu mencontohi apa saja yang dilakukan Nabi lebih baik dan utama.

No comments:

Post a Comment