“Dan dari Ibnu
Umar Radhiyallahu Anhu, ia berkata, ‘Nabi S.A.W berkhutbah sambil berdiri,
kemudian beliau duduk, lalu berdiri lagi. Sebagaimana yang kalian lakukan
sekarang’." (Muttafaq Alaih)
Yang
dimaksudkan dalam hadits ini adalah khutbah Jumaat. Ibnu Umar sendiri mengakui
bahawa apa yang dilakukan oleh kaum muslimin ketika itu sama dengan yang
dilakukan Rasulullah S.A.W. Dan demikianlah sehingga sekarang, tidak ada yang
berubah. Ada dua khutbah dalam Jumaat, dan di antara keduanya khatib duduk
sebentar.
Dalam
riwayat lain, disebutkan bahawa Ibnu Umar berkata,
“Nabi S.A.W
dua kali khutbah. Beliau duduk jika telah naik mimbar sehingga muadzin selesai
azan. Kemudian beliau berdiri, lalu duduk lagi, dan beliau tidak berbicara.
Kemudian beliau berdiri lagi dan berkhutbah.” (HR. Abu Dawud)
No comments:
Post a Comment