Dalam sebuah hadis shahih disebutkan,
"Dari Hafshah Radhiyallahu Anha, bahawasanya Rasulullah S.A.W apabila muadzin telah mengumandangkan azan subuh dan subuh telah tampak, beliau solat 2 rakaat ringan." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam Nuzhat Al-Muttaqin dikatakan bahawa yang dimaksud dengan 2 rakaat ringan adalah meringankan solat sunnah 2 rakaat fajar dalam bacaan dan gerakannya, yakni solat dengan cepat. Sampai-sampai disebabkan cepatnya Aisyah pernah bertanya dalam hati, apakah beliau membaca Al-Fatihah atau tidak dalam 2 rakaat tersebut.Aisyah Radhiyallahu Anha berkata,
"Nabi S.A.W selalu meringankan solat sunnah 2 rakaat sebelum subuh. Sehingga aku berkata, apakah beliau membaca Ummul Kitab (Al-Fatihah)?" (Muttafaq Alaih)
Ummul Kitab adalah surah Al-Fatihah. Namun meskipun Al-Fatihah cukup pendek, Aisyah menggambarkan solat sunnah fajar Nabi seolah-olah tidak membacanya disebabkan amat ringkasnya beliau dalam mengerjakan solat sunnah fajar ini. Hafshah Radhiyallahu Anha berkata,
"Apabila fajar telah terbit, Rasulullah S.A.W tidak solat lagi selain hanya dua rakaat ringan." (HR. Muslim)
Jadi, meringankan solat sunnah qabliyah subuh atau solat fajar dengan memendekkan gerakan dan bacaan adalah salah satu kebiasaan yang selalu dilakukan oleh Rasulullah S.A.W
No comments:
Post a Comment